



Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Pepatah ini sering dikaitkan dengan kelebihan budaya menabung yang sepatutnya disemai dalam jiwa anak-anak sejak peringkat awal lagi.
Tambahan pula, setelah menyambut Hari Raya Aidilfitri, kanak-kanak tentunya sangat gembira mengira duit raya yang mereka terima sepanjang raya. Pasti ramai antara mereka yang mula merancang untuk membeli sesuatu yang diingini denganduit tersebut.
Jadi, apakah yang adik-adik lakukan dengan duit tersebut? Adakah adik-adik sudah ada tabungan dan simpanan sendiri. Pasti ada dalam kalangan adik-adik yang sudah menyimpan wang dan menabung sejak awal lagi.
Dan pasti ada dalam kalangan adik-adik yang sudah memiliki tabung sendiri, dihadiahkan oleh kawan-kawan, dibelikan oleh kedua ibu bapa adik-adik. Maupun secara percuma apabila membuka akuan simpanan di bank-bank tertentu.
Apa tunggu lagi, adik-adik. Inilah masa yang sesuai untuk menabung. Pakar psikologi mengatakan perlakuan yang dilakukan selama 21 hari secara berturur-turut akan menjadi satu amalan atau tabiat yang berkekalan.
Oleh itu, adik-adik perlu mengamalkan budaya menabung ini setiap hari. Jangan tunggu sehingga dipaksa oleh ibu bapa baru hendak menabung. Menabung juga perlu diamalkan dan diteruskan sampai bila-bila. Tambahan pula duit yang disimpan itu boleh digunakan untuk waktu kecemasan atau melanjutkan pelajaran kelak. Apabila tabungan sudah penuh, adik-adik bolehlah meminta kebenaran ibu bapa untuk mengira jumlah yang berjaya dikumpul bersama-sama ibu bapa adik-adik. Adik-adik boleh meminta kebenaran ibu bapa untuk membelanjakan nya sedikit seperti untuk membeli buku cerita dan barang yang bermanfaat. Wang selebihnya boleh disimpan dalam akaun simpanan. Pilihlah bank yang menawarkan akaun simpanan yang terbaik serta pelbagai faedah dan keistimewaannya.
No comments:
Post a Comment