..........................KETIKA source puteriumiblogspot
KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita, Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, Tetapi meminta kepad Allah melalui orang tua/wali si gadis. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, Tetapi menikah di hadapan Allah KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, Kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta, Maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. KETIKA SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, Tapi juga semak berlukar yang penuh onak dan duri. KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA BERGOYANG
Jangan saling berlepas tangan, Tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan. KETIKA BELUM DIKURNIAKAN ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% KETIKA TELAH DIKURNIAKAN ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, Tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% Dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%
KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus Dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
KETIKA EKONOMI KELUARGA BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara Bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. KETIKA MENDIDIK ANAK Janganlah pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinlah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya. KETIKA ADA PIL Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
KETIKA INGIN AMAN & HARMONIS

Gunakanlah formula 7K Ketakwaan Kasih sayang Kesetiaan Komunikasi dialogis Keterbukaan Kejujuran
No comments:
Post a Comment